BR1M diberhentikan sebab ia satu bentuk rasuah – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu bentuk rasuah dan menjadi sebab mengapa kerajaan bercadang menghapuskannya.Perdana Menteri percaya, bantuan tersebut tidak diagihkan secara sekata dan kepada kelompok sewajarnya.

Sebaliknya, Dr. Mahathir memberitahu, BR1M diberikan semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

“Kerajaan ambil berat dan ingin bantu rakyat tetapi bantuan itu perlulah kepada orang yang betul. Sekiranya seseorang itu berpendapatan kurang daripada RM4,000, mempunyai banyak bebanan termasuklah tanggungan keluarga yang besar, yang itu kita boleh berikan bantuan duit kepadanya.

“Tetapi memberi duit secara percuma kepada seseorang hanya kerana berpendapatan kurang daripada RM4,000 tanpa melihat kepada situasi serta keperluan sama ada memerlukannya atau tidak adalah salah, itu rasuah. Polisi kerajaan ialah membantu golongan memerlukan, bukannya semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Bandar 4.0 dan Perniagaan 4.0 di sini hari ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan portal The Malaysian Insight, Dr. Mahathir memberitahu BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.