Filem Michelle Yeoh No.1 Di Amerika

Filem Crazy Rich Asians yang menggandingkan dua pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia mendominasi kedudukan nombor satu filem paling ditonton di Amerika Syarikat kini.FILEM Crazy Rich Asians mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat.

Lakonan Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh dalam filem romantik komedi itu berjaya mendapat kutipan RM200 juta sepanjang tayangan selama dua minggu di sana.Filem Warner Bros yang diadaptasi dari novel Kevin Kwan’s itu turut mengalahkan filem lakonan Jason Statham, The Meg, yang hanya mendapat kutipan RM140 juta sahaja untuk tempoh sama.Sementara itu, filem Crazy Rich Asians berkisar tentang kisah cinta seorang profesor ekonomi yang juga gadis biasa dari Amerika Syarikat, Rachel Chu lakonan Constance Wu dengan teman lelakinya lakonan Golding. Bagaimanapun kisah cinta ini menemui pelbagai adegan yang tidak disangka apabila dia tidak mengetahui teman lelakinya itu adalah waris kepada keluarga terkaya di Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.