Zeti Perlu Letak Jawatan

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Penasihat Negara dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH).Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana BR1M adalah idea Bank Negara dan Gabenor pada ketika itu adalah Zeti malah beliau juga yang mempertahankan idea BR1M.

“BR1M dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib pada bulan Mac 2011.

“Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada bulan Mac dan Ogos 2011, dengan kata lain BR1M lahir melalui pertimbangan teliti,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini menerusi wawancara bersama portal The Malaysian Insight, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.