Pembelian banglo: Guan Eng, ahli perniagaan bebas tuduhan rasuah

Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk mengetahui keputusan representasi yang dihantar oleh tertuduh-tertuduh ke

Pejabat Peguam Negara pada bulan lalu.

Terdahulu pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya telah menerima dan meneliti representasi yang dikemukakan pihak pembelaan dalam kes itu.

Sehubungan itu pihaknya memutuskan pada peringkat ini untuk menarik balik pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh dan memohon mahkamah agar melepas tanpa membebaskan mereka.

Namun begitu permohonan melepas tanpa membebaskan kedua-dua tertuduh oleh pihak pendakwaan itu dibantah peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Guan Eng, sebaliknya beliau memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah.

Ketika membacakan keputusan itu Hakim Hadhariah berkata, sejak perbicaraan dijalankan seramai 25 saksi telah dipanggil dan masih terdapat 20 lagi saksi yang mungkin dipanggil memberi keterangan selepas ini.

“Di mahkamah ini sepatutnya tak ada ‘case installment’, kena ada full stop tak boleh koma selepas kes sudah berjalan dengan 25 saksi dipanggil tiba-tiba nak tangguhkan kes seketika.

“Jadi selepas mengkaji keseluruhan kes saya memutuskan untuk melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.