Adakah Muzium Beg Tangan Rosmah Mampu Tutup Kegagalan PH?

SEMUA rakyat tahu bahawa kerajaan PH gagal menunaikan janji 100 hari pentadbiran mereka. Malah mereka masih terus menerus gagal menjaga kepentingan rakyat apabila harga barang melambung tinggi melampau. Disamping itu juga keistimewaan yang rakyat nikmati selama ini direntap tanpa belas kasihan.

Kini Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan membina satu muzium khas untuk mempamerkan semua beg tangan yang didakwa milik isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang dirampas pihak berkuasa pada Mei lalu.

Katanya, muzium khas itu dicadangkan dibina di atas tapak projek Bandar Malaysia bersama satu taman, bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kalau boleh, saya nak cadangkan di pangkalan udara itu (di Bandar Malaysia) dijadikan taman supaya orang Kuala Lumpur boleh berkelah di situ.

“Nanti kita juga buka satu muzium, kita letak beg tangan (Datin Seri) Rosmah (Mansor), supaya satu dunia boleh datang tengok,” katanya disambut gelak tawa hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang bersama penduduk Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Pada 18 Mei lalu, polis menyita 284 kotak berisi beg tangan jenama terkemuka antaranya Hermes Birkin dan Louis Vuitton daripada pangsapuri mewah, Pavilion Residences Apartment dekat Bukit Bintang di sini, yang diperiksa dalam siasatan polis berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dan penggeledahan selama 53 jam itu turut merampas 72 beg bagasi berisi sejumlah wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga.

Semua beg tangan dan barangan kemas dirampas itu dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan memerlukan lima trak polis untuk mengangkutnya.

Menurut beberapa sumber, beg tangan tersebut bukan milik Rosmah. Ia dikatakan milik individu lain sepertimana yang dilabel pada kotak-kotak yang dirampas tersebut.

Persoalannya, adakah muzium beg tangan rosmah ciptaan Daim ini mampu menutup kegagalan kerajaan PH?

: my-tv.online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.