Kenapa Penulis Pro PH Berani “Tegur” TMJ

ORANG Melayu penuh dengan adab dan tatasusila. Lebih-lebih lagi apabila bertutur dengan keluarga DiRaja. Namun sejak kerajaan PH memerintah negara kita, perkara tersebut seolah-olah “hilang” dari budaya kita.

Seorang penulis pro PH dikatakan lantang menegur Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda menegaskan sebarang kenyataan dibuat olehnya bukan kerana ingin menentang kerajaan, sebaliknya meletakkan kepentingan negara dalam dirinya.

Beliau berkata, adalah polisi di negeri ini untuk menyokong sesiapa sahaja yang mentadbir negara, tetapi berharap setiap perkara yang berlaku tidak dilihat secara remeh.

“Biar saya jelaskan di sini bahawa saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah berlaku.

“Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu,” katanya menerusi satu catatan dalam Facebook (FB) rasminya, malam tadi.

Menurut catatan FB itu, TMJ turut menyentuh tindakan seorang penulis yang menyatakan beliau ‘tersesat dalam kancah arena politik’ yang akan meletakkannya dan keluarga sendiri dalam risiko menjadi mangsa serangan dan status mereka direndahkan.

“Saya mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di ‘whacked’ atau di ‘clobbered’, ia adalah perkara kecil bagi saya.

“Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

“Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.

“Status saya hanya ‘jatuh’ jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya – dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal,” tulisnya.

TMJ turut menasihatkan penulis itu, supaya tidak perlu bimbang dengan statusnya kerana dia akan baik-baik saja, malah menyatakan beliau tidak mempunyai niat membela egonya dengan apa yang ditulisnya.

“Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di media sosial. Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.

“Mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca, tetapi saya tidak ada niat untuk membela ego saya dengan apa yang ditulis,” katanya.

Adakah penulis PH tersebut semakin biadap kerana merasakan beliau disokong oleh Mahathir dan DAP?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.