6,761 pelajar Kelantan bakal terima tablet model terkini

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (tengah) menyerahkan 979 buah tablet model terkini kepada mahasiswa yang layak dalam Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kelantan, semalam

Oleh Azrin Muhammad

KOTA BHARU – Sebanyak 6,761 permohonan di bawah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia peringkat negeri Kelantan telah mendapat kelulusan dan akan diserahkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, setakat ini seramai 979 mahasiswa telah menerima manfaat daripada jumlah permohonan yang diluluskan bagi fasa pertama untuk negeri Kelantan.

“Permohonan fasa kedua masih dibuka sehingga 30 September ini melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Annuar menyerahkan hampir 1,000 buah peranti kepada pelajar yang layak di Kolej Matrikulasi Kelantan dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Turut hadir, Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan, Nor Haslida Tahir dan Pengarah Politeknik Kota Bharu, Rosli Idris.

Setakat minggu lalu, seramai 65,898 mahasiswa dari seluruh negara telah membuat permohonan dan 45,341 daripadanya telah diluluskan, manakala 20,557 permohonan lagi masih dalam proses semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker