Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia

Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia

Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia

Penulis mengikuti perkembangan isu Menteri Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Tiong King Sing, yang didakwa menceroboh ‘kawasan larangan’ di KLIA.

Melalui berita yang disiarkan, penulis membuat kesimpulan, persepsi yang cuba dimainkan adalah seorang menteri berbangsa Cina menyalahguna kuasa untuk membebaskan pelancong China.

Para pertama Harian Metro dalam melaporkan isu ini ialah:

Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA) bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menteri mempunyai pas VIP dan tidak timbul isu menteri ceroboh Balai Ketibaan KLIA.

Anthony Loke menambah, menteri mempunyai hak untuk berada di mana-mana bahagian di dalam bangunan Malaysia Airport Berhad (MAB).

Kemudian Tiong King Sing dituduh pula menyalahgunakan kuasa menteri untuk melepaskan pelancong China yang ditahan JIM.

Benarkah begitu?

Penjelasan Dari Menteri MOTAC

 

Dari penjelasan yang diberikan oleh Menteri MOTAC, Tiong King Sing, ada beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian.

Pertama

Berlaku masalah komunikasi antara pegawai JIM dengan pelancong dari China, akibatnya pelancong China tidak tahu mengapa mereka ditahan oleh JIM di KLIA.

Tiong King Sing telah meminta pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) untuk membantu pihak JIM dengan membekalkan penterjemah.

Persoalannya, mengapakah pihak JIM tidak mahu menggunakan khidmat penterjemah yang diberikan oleh MAB?

Bukankah itu akan memudahkan urusan komunikasi antara JIM dengan pelancong asing, terutamanya dari China?

Malah pihak JIM mengambil keputusan menahan pelancong asing di Pusat Tahanan Imigresen tanpa menerangkan sebab penahanan.

Menahan tanpa memberikan penjelasan sebab penahanan bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, malah ianya tidak beretika.

Kedua

Selepas pelancong tersebut ditahan, pihak JIM telah merampas telefon bimbit yang dimiliki oleh pelancong tersebut tanpa alasan yang jelas.

Perbuatan ini jelas satu perbuatan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada penguatkuasa.

Ketiga

Alasan penahanan adalah kerana pelancong tersebut tidak mempunyai lokasi tempat tinggal di Malaysia semasa lawatan dan juga tiket balik ke negara China.

Tetapi setelah disiasat, jelas menunjukkan dakwaan pihak JIM adalah salah.

Terbukti segala maklumat mengenai tempat tinggal dan tiket penerbangan balik ada di telefon bimbit pelancong berkenaan.

Jadi, atas alasan apa sebenarnya pihak JIM menahan pelancong tersebut?

Keempat

Ini adalah isu yang paling serius.

Tiong King Sing mendedahkan, semasa pelancong tersebut ditahan, beliau didatangi oleh seorang pegawai kanan JIM.

Pegawai kanan JIM tersebut bertanya kepada pelancong tersebut, bila beliau mahu bayar RM3000 supaya dapat dilepaskan oleh JIM.

Malah pegawai kanan JIM tersebut meminta supaya pelancong tersebut memberitahu kepada rakan-rakan yang lain supaya membayar RM3000 supaya tidak menghadapi sebarang masalah.

Pegawai kanan JIM tersebut juga memberitahu sekiranya tidak mahu ada masalah dengan proses permohonan visa, maka pelancong mesti membayar RM12000.

Pada mulanya, penulis agak ragu-ragu dengan dakwaan Tiong King Sing.

Tetapi apabila penulis terbaca dakwaan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), ada asasnya dakwaan Tiong King Sing adalah benar.

Menurut MATTA, isu rasuah di KLIA bukanlah baharu dan MATTA menggesa supaya satu siasatan yang telus dilakukan.

Kenapa Pula Tiong King Sing Di Kecam?

Ada juga pihak yang mempersoalkan bagaimana Tiong King Sing mendapat maklumat ada pelancong wanita China ditahan JIM di KLIA?

Penjelasannya begini.

Pelancong wanita dari China tersebut sebenarnya telah tiba di KLIA dari Shenzen dengan penyelia beliau yang merupakan pegawai kanan stesen TV kepunyaan kerajaan China.

JIM telah membenarkan penyelia beliau masuk ke Malaysia, tetapi beliau yang juga merupakan pembantu peribadi penyelia beliau telah ditahan JIM.

Beliau telah dimaklumkan oleh JIM bahawa terdapat masalah dengan dokumen perjalanan beliau.

Penyelia beliau telah menghubungi pejabat Konsulat Besar Malaysia di Guangzhou.

Pegawai Konsulat Besar Malaysia di Guangzhou telah menghubungi Tiong King Sing serta memaklumkan beliau mengenai perkara itu.

Tiong King Sing telah menghubungi pihak SPRM dan dengan seorang pegawai SPRM, mereka telah pergi ke KLIA.

Setibanya beliau di KLIA, pihak JIM memaklumkan hanya berlaku salah faham yang berpunca dari masalah komunikasi antara JIM dan pelancong tersebut.

Berbalik kepada persoalan pertama yang penulis utarakan, mengapakah pihak JIM tidak mahu menerima khidmat penterjemah yang diberikan oleh pihak MAB.

Adakah pihak JIM berpendapat pernterjemah itu tidak layak atau ada agenda tersembunyi dari penahanan pelancong asing.

Tahniah kepada SPRM kerana sudah membuka kertas siasatan.

Jadi, mengapa pula Tiong King Sing dikecam?

Sepatutnya kita berterima kasih kerana beliau telah turun padang untuk membersihkan imej Malaysia di mata dunia.

 

Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

One Comment

  1. Kemusykilan sikit:

    1. Dari mana dapat fakta yg Tiong King Sing minta MAB beri bantuan penterjemah dan JIM menolak bantuan itu?

    2. Dari mana dapat fakta bahawa JIM tanpa memberi penjelasan? Sebenarnya JIM telah memberi penjelasan tetapi warga China tersebut yang tidak memahami bahasa Inggeris yg digunakan.

    3. Bolehkah maklumat penginapan dan tiket penerbangan balik dikemukakan hanya dengan menunjukkan skrin telefon? Bukankan ianya harus dalam bentuk dokumen yg dilampirkan dalam borang tertentu yg harus dikemukakan kpd JIM? Ibarat roadtax kereta tahun sebelum 2022, jika tidak dipamer secara fizikal, maka pemilik layak di kompaun.

    4. Tiong King Sing kata Pegawai kanan JIM tersebut bertanya kepada pelancong tersebut, bila beliau mahu bayar RM3000 supaya dapat dilepaskan oleh JIM. Siapa yg bagitahu Tiong King Sing? Takkan pelancong China tu boleh paham bahasa pegawai JIM tu pulak?

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker