Karipap Pusing Gebu Dan Rangup

Karipap Pusing Gebu Dan Rangup
Karipap Pusing Gebu Dan Rangup

 

Karipap Pusing yang sangat glamerpada setiap kali tibanya Ramadan. Che Nom dapat resepi ni dari sahabatInstagram iaitu Mamafami, sebab nampak sedap sgt jadi Che Nom pun belajar lahbuat smpai jadi, dan bersemangat nak share secara terperinci dengan anda semua.Anda boleh cuba buat…dan frozen kan…senang nak makan bila berbuka puasa.Kulitnya masih lagi rangup walaupun dah sejuk.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk inti karipap:
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah
    • 1 inci halia
    • 3 sudu besar rempah kari daging
    • 1-2 sudu besar serbuk cili
    • 200g daging kisar
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 400g kentang
    • Air secukup nya, supaya kentang empuk
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1 ikat daun sup
    • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk Doh A:
    • 300g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 2 sudu besar majerin
    • 1/2 sudu kecil garam halus
    • 125ml air sejuk ais
  • Bahan-bahan untuk doh B:
    • 150g tepung beras
    • 125g majerin

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk inti karipap:
    1. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia Bersama sedikit air.
    2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan.
    3. Bancuh rempah kari dan serbuk cili bersama sedikit air. Tumis Bersama bahan kisar halus tadi.
    4. Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam. Masak sehingga agak kering.
    5. Masukkan kentang, sedikit air dan bawang besar. Tutup kuali dan masak sehingga kentang lembut.
    6. Bila kentang dah lembut dan inti dah kering, masukkan garam dan gula secukup rasa.
    7. Akhir sekali tambah hirisan daun sup.
  2. Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh A):
    1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
    2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak panas dan majerin. Masukkan garam. Kacau semua bahan sekata menjadi serbuk kasar.
    3. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh dan rehatkan seketika.
    4. Bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.
  3. Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh B):
    1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
    2. Bahagikan doh B kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.
  4. Cara-cara untuk buat karipap:
    1. Leperkan bebola doh A. Letak bebola doh B di tengah doh A dan tutup rapat supaya menjadi 1 bebola besar. Ulang sehingga habis kesemua doh.
    2. Ambil 1 doh bulat dan leperkan setebal anggaran 1/2 cm. Gulung doh yang dileperkan. Uli sekali lagi kepada bentuk bujur memanjang, dan gulung lagi sekali.
    3. Ambil pisau yg tajam, potong doh gulung kepada 4 bahagian sama tebal.
    4. Ambil satu keping dan leperkan sehingga menjadi bulatan nipis.
    5. Sudukan inti di tengah. Tutup doh karipap dan kelim tepi dengan kemas.
    6. Goreng di dalam minyak panas sederhana sehingga kekuningan.

 

Tip:

 

  • Untuk doh B, kalau adunan masih keras, tambah majerin sedikit demi sedikit sampai menjadi bebola yang boleh dibentuk.
  • Che Nom sejukkan dulu adunan bebola yang dicantum ke dalam peti sejuk selama 10 minit, untuk mengelakkan adunan terlalu lembik (jika cuaca panas) dan mendapatkan lapisan yang cantik.
  • Che Nom timbang semua doh dulu dan bahagi 8. Ikut berat doh yg Che Nom buat.
  • DOH A : 63gram
  • DOH B : 47gram

Resepi Karipap Kentang Ayam

Karipap Pusing Gebu Dan Rangup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker