Ops Tiris: Lebih 37,000 liter diesel disita

Port Dickson: Sejumlah 37,570 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi disita dalam Ops Tiris oleh sepasukan Penguat Kuasa KPDN di premis terbuka di Kampung Sungai Nipah, semalam.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, turut disita dalam serbuan itu dua buah lori tangki yang menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM114,775.50.

“Serbuan Ops Tiris membabitkan seramai sembilan anggota adalah hasil risikan selama dua minggu hasil maklumat daripada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tindakan serbuan ke atas aktiviti berkenaan bermula jam 11.30 pagi kelmarin (Rabu) dan selesai sepenuhnya petang semalam.

“Lokasi serbuan lokasi yang berada di dalam Ladang Kelapa Sawit yang menemui premis terbuka yang mempunyai dua ‘Skid Tank’, turut berada di premis berkenaan dua buah lori tangki.

” Semasa serbuan tiada individu yang ditemui berada di premis dan disyaki sudah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa “katanya.

Katanya, tindakan sitaan dibuat bagi kesalahan di bawah Seksyen 21 AKB 1961 iaitu memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

“Siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker