WUJUD BIROKRASI BANTUAN KEPADA PENEROKA FELDA? BAIK PENGARAH BESAR FELDA LETAK JAWATAN JIKA ‘KOTAK FGV’ HANYA DINIKMATI GOLONGAN ELIT

Tular sekeping foto seorang artis menerima ‘kotak bantuan’ yang tertera logo FGV di kediamannya. Jika sekali pandang kediaman artis tersebut bukanlah berada dalam mana mana kawasan penempatan Felda dan kelihatan seperti kediaman ‘Elit’. Sukar untuk dipercayai mereka yang tinggal di kediaman seperti ‘Beverly Hills’ memerlukan bantuan ‘seadanya’ yang sering diagihkan kepada rakyat marhein.

Baca juga – KELUHAN SUARA PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA

Persoalan bermain mengapa FGV memilih untuk menyalurkan bantuan kepada pihak yang langsung tiada kena mengena dengan FELDA? Adakah Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda tidak layak menerima bantuan FGV atau ada kisah sebaliknya? Kemana Pengarah Besar Felda yang dilantik oleh Azmin Ali ketika beliau memegang portfolio selaku Menteri Ekonomi? Dikatakan Pengarah Besar Felda (DG) bukan dari kalangan yang ada pengalaman dengan Felda dan bukan dari kalangan Anak Felda sendiri jadi tidak menghairankan jika beliau (DG) tidak sensitif dengan isu melibatkan Peneroka Felda.

Benar Kerajaan melalui pengumuman telah membantu Peneroka dan Generasi Kedua Felda. Bukan tidak mensyukuri apa yang kerajaan bantu namun selepas PKP bersambung apa lagi yang mampu Peneroka Felda lakukan? Dengan ekonomi dunia yang merudum akibat Covid-19, sudah pasti harga komoditi sawit turut terjejas sekaligus memberi impak besar terhadap pendapatan peneroka. Itu belum lagi peneroka yang bakal berdepan proses tanam semula dan ketika itu mereka sudah pasti tiada pendapatan dari ladang dan bergantung pada pendahuluan pinjaman dari Felda. 

Sebelum ini sebuah NGO telah menyampaikan keluhan peneroka dan keluhan tersebut mendapat perhatian Kerajaan. Namun demikian apabila foto seperti di atas tersebar di media sosial timbul persoalan. Mengapa Peneroka Felda sendiri tidak mendapat bantuan demikian dari sebuah entiti bernama Felda Global Ventures? Adakah mereka (Peneroka) tidak layak menerima bantuan demikian atau berlaku karenah birokrasi oleh individu berjawatan tinggi dalam pengurusan Felda yang tidak menitiberatkan kebajikan peneroka Felda? Sebaiknya individu tersebut meletakkan jawatan jika tidak memahami sensitiviti Peneroka Felda dan barisan individu yang beliau bawa bersama lantikan Azmin Ali keluar dari Felda. Rugi bayar gaji berbelas ribu tetapi apa pun tidak buat untuk peneroka Felda ketika PKP ini. Apa tunggu lagi? Anda semua lantikan politik dan hanya ‘Menghabiskan Beras Felda’ dengan kedudukan anda 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button