Adami Hairi belum putus harapan

‘Angauku Mekar’ percubaan ketiga perkenal nama dalam bidang seni 

Adami Hairi belum putus harapan

Adami Hairi belum putus harapan
Adami tampil dengan single terbarunya bertajuk Angauku Mekar

BELUM putus atas, penyanyi Adami Hairi masih mencuba memastikan dapat menempa nama dalam bidang nyanyian yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu.

Adam atau Mohamad Hairi, 32, berkata, bagi memastikan dapat kekal relevan dia tampil dengan percubaan ketiga menerusi lagu bertajuk Angauku Mekar.

Menurutnya, lagu yang berentak catchy dan lirik yang mudah diikuti itu dicipta bagi mengikut aliran pendengar masa kini supaya mudah ditangkap dan didengari oleh semua golongan pendengar.

“Selepas single pertama sebelum ini berjudul Forte dan juga Legato, 2023 ini Angauku Mekar menjadi taruhan terbaru dan buah tangan dari Adami.

 

Adami Hairi belum putus harapan
Adami tampil dengan single berentak catchy untuk tarik minat pendengar.

“Genre lagu kali ini agak berbeza dari single sebelum ini. Lagu ini mengikut aliran pendengar era masa kini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


“Ia berentak catchy, mudah didengari oleh semua golongan pendengar dan juga bait liriknya yang mudah diikuti,” katanya.

Tambah Adami, komposer lagu tersebut adalah Faez Farhan dan lirik pula adalah daripada Faez dan Iman Zain manakala ia bernaung dibawah label Green House Production.

Jelasnya, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap lagu tersebut namun cukup sekadar ia mendapat tempat dihati pendengar dan diterima masa kini seperti lagunya sebelum ini.

Dia juga berharap pendengar memberikan komen yang positif kerana ia merupakan genre yang baharu dibawanya.

“Angauku Mekar sebuah lagu berentak pop. Ianya menceritakan tentang seorang lelaki yang berjumpa dengan wanita. kehidupannya merasakan bahagia seperti orang lain. namun semua itu hanya dalam mimpinya sahaja,” ujarnya.

 

Adami Hairi belum putus harapan
Adami mendiamkan diri kerana terdapat banyak tugasan lain.

Ditanya tentang keberadaannya dalam industri, Adami berkata, walaupun beberapa tahun kebelakangan ini dia kurang menyerlah, ia bukan bererti mendiamkan diri.

Jelasnya, ia kerana terdapat beberapa tugasan lain namun tidak pernah mengabaikan pertunjukkan yang dijemput.

“Adami masih lagi aktif di platform media sosial. Jika pengikut yang mengikutinya tahu cerita-cerita yang dikongsikan dalam media Instagram.

“Dikatakan menyepi tu sebenarnya tidak pernah pun sama sekali,” ujarnya.

Adami Hairi belum putus harapan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker