Dimanakah Pengerusi Felda Ketika Peneroka Perlukan Semasa PKP?

PENGERUSI FELDA SEDIAKAN BANTUAN APA UNTUK PENEROKA FELDA SEPANJANG PKP?

 

Peneroka Felda Hanyalah Rakyat Kelas 2 ?

Malaysia merupakan antara pengeluar hasil sawit terbesar dunia dan sebahagian dari keluaran tersebut datang dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali sebagai FELDA. Mengalami pasaran dunia yang tidak menentu menyaksikan harga sawit pernah jatuh ke paras rendah hingga menjejaskan pendapatan peneroka Felda yang bergantung harap pada hasil ladang. Tempoh sepanjang hampir 20 bulan sejak Mei 2018 hingga akhir 2019 adalah masa yang amat memeritkan buat para peneroka Felda sekaligus menjejaskan ekonomi mereka walau Menteri Ekonomi ketika itu (Azmin Ali) melantik Pengerusi Felda yang baru.

Menjelang 2020 semacam ada sinar baru huat peneroka Felda namun Covid-19 pula menyerang bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi dunia terjejas teruk dan banyak pasaran komoditi terkesan. Malaysia juga mengalami perkara tersebut dan antara yang kena tempias adalah peneroka Felda. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan segala pergerakan samada pengeluaran hasil atau apa sahaja berkaitan ladang dan pastinya pendapatan peneroka turut merudum bila pengeluaran hasil buah sawit tidak dapat diuruskan dengan baik. Felda pula menerusi satu kenyataan telah menutup operasi di Ibu Pejabat dan memhuat pengumuman penangguhan bayaran kepada peneroka namun tindakan kerajaan telah membuat ramai peneroka menarik nafas lega apabila arahan dikeluarkan kepada Felda agar meneruskan pembayaran pendahuluan dan hasil kepada peneroka Felda.



Apa yang dikesalkan sejak bermula PKP pada 18 Mac 2020, pihak pengurusan Felda langsung tidak memberi bantuan kepada peneroka Felda. Peneroka Felda hanya bergantung kepada bantuan yang diumumkan kerajaan sebagai ‘penyambung hidup’ kala hasil ladang semakin berkurangan. Ketika tinjauan dibuat melalui media sosial, ramai anak peneroka mengeluh Ibu Bapa mereka di rancangan masing-masing seolah tidak dipedulikan pihak pengurusan tertinggi Felda. Bukan peneroka sahaja terkesan malah staf turut terkesan bila langsung tiada bantuan khusus dari Felda diterima mereka. Apa fungsi Pengerusi Felda sebagai kepercayaan untuk menjaga Felda? Adakah hanya memeras hasil Felda untuk keuntungan? Mana khidmat ‘CSR’ Felda untuk peneroka ketika Pengerusi Felda dan mereka yang berjawatan tinggi menikmati GAJI yang lumayan hasil dari Felda? Apakah langsung Pengerusi Felda tiada alternatif yang boleh difikirkan bagi membantu kebajikan Peneroka Felda ketika masih dalam tempoh PKP? Felda sendiri mempunyai banyak rantaian perniagaan dan sudah pasti ada Anak Syarikat atau subsidiari Felda mampu menyumbang bantuan buat peneroka Felda sendiri. Apakah Peneroka Felda hanya Rakyat Kelas 2 di mata Pengerusi Felda?

Semalam sekeping foto seorang artis menerima bantuan sebagai wakil penduduk setempat menerima pelbagai komen. Tertera pada kotak tersebut logo FGV. Persoalan yang timbul mengapa bantuan tersebut tidak diberikan kepada Peneroka Felda sebaliknya orang berkepentingan politik lebih diutamakan bagi mengagihkan bantuan tersebut. Apakah ada sesuatu dalam kelambu Felda hingga menyebabkan tiada bantuan khusus buat warga Felda sendiri?

Apakah ada krisis dan Warga Felda menjadi mangsa sikap ego mereka yang berjawatan dalam Felda? Bayangkan jika PKP ditambah tempoh dan bantuan dari Felda masih tidak disalurkan kepada Peneroka Felda. Sebagai Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh perlu mengambil langkah pro aktif membantu Peneroka Felda dan bukan melepaskan tangan dan tanggungjawab kepada kerajaan sahaja. Siapa pula akan dipersalahkan kerana berlaku kebobrokan hingga mengundang rasa tidak puashati kalangan warga Felda terhadap pengurusan tertinggi Felda? Adakah Pengerusi Felda atau Pengarah Besar Felda? Moga ada sinar buat Warga Felda sepanjang PKP berlangsung.

 

Sumber – https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2020/04/pengerusi-felda-sediakan-bantuan-apa.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: