Dr Noor Hisham jawab kritikan Dr Musa.
Petugas kesihatan positif Covid-19 di hospital swasta, Noor Hisham beritahu pengkritik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.
“Supaya pengurusan pihak hospital swasta boleh tingkatkan keselamatan d hospital masing-masing,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan seorang doktor hospital swasta yang mendakwa kementerian itu gagal menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.