Shiha Zikir Kini Mula Mengaji Al-Quran

Shiha Zikir kata waktu Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) inilah banyak sangat hikmah yang diperolehi.


Antaranya adalah dia berpeluang memantapkan ilmu agama dan sempat mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara dalam talian bersama Salima Habibi dan Heliza Helmi.

 

“Sejujurnya memang jadual saya agak terjejas tapi sepanjang PKP saya dapat belajar mengaji. Sebelum ini terlalu sibuk dnegan kerja dan ada perkara-perkara yang saya tak dapat nak lakukan.

“Memang dah boleh baca Alif Ba Ta tapi saya tetap nak belajar dari mula,” katanya kepada mStar Online.





Dalam masa yang sama penyanyi ini menyokong sekiranya PKP dilanjutkan.


“Mungkin ada yang tertekan kerana kehilangan punca pendapatan tapi jangan risau, kerajaan pun banyak berikan inisiatif untuk membantu. Banyak juga persatuan yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, ” tambahnya.

Foto: IG

Baguslah manfaatkan diri dengan mengaji, jangan pula terlampau asyik dengan TikTok. Eh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button