Helikopter tentera Hungary terhempas, dua maut

Helikopter tentera Hungary terhempas, dua maut

Helikopter tentera Hungary terhempas, dua maut

ZAGREB: Dua terbunuh apabila sebuah helikopter tentera Hungary terhempas di tengah Croatia.

Menurut seorang pegawai penyelamat, mangsa adalah anak kapal manakala pencarian diteruskan bagi mencari anggota ketiga anak kapal.

Ketua perkhidmatan menyelamat gunung, Josip Brozicevic, berkata pasukan penyelamat pertama telah menemui helikopter yang jatuh di pinggir sungai Cikola berhampiran bandar Drnis di tengah Croatia.

“Mayat dua anak kapal juga ditemui. Pencarian untuk anak kapal ketiga sedang dijalankan,” kata Brozicevic kepada AFP.

Angkatan tentera Croatia turut mengesahkan kejadian nahas itu dan berkata pihaknya telah menggerakkan sebuah pesawat dan helikopter untuk membantu meninjau kawasan di mana helikopter itu jatuh.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat rasmi mengapa sebuah kapal tentera Hungary terbang di ruang udara Croatia. -AFP

Helikopter tentera Hungary terhempas, dua maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perangai Pelik Ahli UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker