TMJ tanya KBS kenapa sampai RM10 juta?

 

“Kenapa mahal sangat sampai RM10 juta?”

Itu persoalan yang ditimbulkan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan kos sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membuat padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini kerana Tunku Mahkota Johor itu menjelaskan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

 



Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

SAYA PAKAI ZOYSIA


Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama… paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?

Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

“Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa,” katanya menerusi rancangan Bola@Mamak, malam tadi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut mengakui kualiti padang di negara ini sudah jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Filipina, Myanmar dan Singapura memandangkan rumput jenis ‘cowgrass’ masih digunakan di sini.

TFC AMBIL INISIATIF UBAH PADANG


Dua padang (yang baik) adalah di JDT dan Terengganu FC (TFC). TFC ambil inisiatif yang tepat dan bagus untuk ubah padang mereka Tak guna ada fasiliti tetapi padang masih ‘old school’. Pemikiran itu perlu ditukar.

“Jangan buat fasiliti kerana nak tunjukkan apa JDT ada, kita kena ada. Padang adalah keutamaan dan benda pertama kena tukar adalah padang. Sampai bila kita nak pakai ‘cowgrass’. Jangan malukan kita kerana negara jiran pun dah berubah.



 



Saya harap Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor dan semua ada padang seperti ini. Padang seperti ini akan naikkan mutu permainan kita apabila kita bertanding. Tahap pasukan akan meningkat kalau pasukan ada padang yang bagus.

“Kita main ‘cowgrass’ sepanjang tahun tetapi apabila skuad kebangsaan beraksi di luar, kita jadi kekok. Padang adalah pelaburan jangka masa panjang,” katanya.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker