Ten Hag mungkin diberi peluang kedua

Oleh – Syeikh Baran


Ten Hag mungkin diberi peluang kedua
TEN HAG melalui musim yang sukar, namun United dilaporkan bersedia untuk terus mengekalkannya bagi mengharungi musim depan. – AFP

Bekas kapten Manchester United, Steve Bruce, 63, percaya terdapat kemungkinan Erik ten Hag, 54, masih menjadi sebahagian daripada rancangan di Old Trafford selepas pengurus dari Belanda itu mengalami musim yang mengecewakan.

Terdahulu, United tersingkir daripada aksi Liga Juara-Juara (UCL) dengan cara yang memalukan dan tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Piala Liga Inggeris, satu-satunya harapan mereka musim ini adalah menjulang Piala FA.

Ten Hag berdepan cabaran untuk mengekalkan jawatannya di Old Trafford apabila pemegang saham, Sir Jim Ratcliffe hilang keyakinan terhadap kebolehan beliau untuk memimpin pasukan apabila United mungkin tercicir ke saingan UCL musim depan.

Bagaimanapun, Bruce percaya bahawa kedudukan Ten Hag masih selamat dan berpendapat bahawa pihak pengurusan United mempunyai rancangan untuk beliau terus kekal menguruskan pasukan.

“Berdasarkan beberapa sesi temu bual sebelum ini, saya percaya pihak pengurusan United mempunyai rancangan untuk mengekalkan Ten Hag dan saya benar-benar berharap beliau diberikan peluang sekali lagi,” kata Bruce.

Bruce juga berpendapat bahawa tidak mudah untuk mencari pengganti Ten Hag kerana United telah menetapkan piawaian yang tinggi.

“Man United menetapkan piawaian tertinggi untuk pemain, anda berada di bawah pengawasan yang ketat dan dengan cara yang sama, begitu juga pengurus.

“Saya berharap mereka akan terus dengannya dan meletakkan orang-orang terbaik di tempat sepatutnya untuk memajukan kelab,” tambahnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker