Polis Korea Selatan berkas rakan subahat kes curi wang kasino

20/01/2021 07:26 PM

JEJU, 20 Jan — Seorang daripada tiga rakan subahat kes curi wang dari sebuah kasino di Pulau Jeju berjaya ditahan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik polis tempatan pada Rabu.

Agensi polis wilayah Jeju suspek lelaki berusia 30-an ditahan kerana terbabit dengan misteri kehilangan wang bernilai 14.56 bilion won (AS$13.38 juta) dari sebuah kasino di Jeju Shinhwa World, satu daripada pusat peranginan bersepadu terbesar di negara ini .

Lelaki itu tersenarai dalam orang yang dikehendaki, bersama seorang wanita Malaysia berusia 55 tahun dan seorang warga China, berikutan kecurian wang didakwa milik Landing International Development Ltd., pengendali kasino Jeju, berpangkalan di Hong Kong, yang membuat laporan polis pada 4 Januari.

Wanita Malaysia itu bekerja sebagai eksekutif Landing International yang bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan manakala warga China terbabit dilaporkan telah meninggalkan negara ini, menurut polis.

Polis enggan memberi butiran terperinci mengenai tangkapan itu, hanya memaklumkan suspek warga tempatan itu merupakan pekerja syarikat ejen promosi dan menguruskan pelanggan kasino.

Menurutnya siasatan untuk menjejak wang yang hilang masih diteruskan.

Minggu lalu polis telah menemui kira-kira 12 bilion won di kediaman wanita Malaysia itu di Jeju, dipercayai sebahagian wang yang dicuri dari bilik keselamatan VIP kasino tersebut.

Wang 8.1 bilion won dijumpai di kasino Pulau Jeju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker