‘Derma RM1 pun cukup’

Izzue berkata, dia dan Fizz mengutip derma setiap malam pada sesi ‘live’.

“Kami tidak tetapkan jumlah sumbangan, terpulanglah berapa banyak. RM1 pun boleh kerana dengan kita boleh beli sebotol air mineral.

“Seperti dikongsi Ashraf Muslim, hospital yang merawatnya sekarang memerlukan air mineral. Setiap kali ‘live’, kami ditonton antara 700 sehingga 1,000 pengikut. Kalau seorang derma RM1, berapa banyak botol air mineral boleh diberi,” katanya.

Tambah Izzue, biarpun berkurung di rumah, semua orang boleh membantu negara dan mereka yang memerlukan.

Sebagai tanda penghargaan, Izzue menghadiahkan skrub badan dan cecair pembasmi kuman bagi individu yang menderma lebih RM50.

Selain itu, Izzue dan Fizz menjadikan interaksi itu sebagai platform untuk pengikut mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka.

“Kami saling mempromosikan barangan atau makanan yang dijual pengikut. Malah, ada antara mereka adalah penghantar barang dan kami bantu promosi perkhidmatan mereka,” katanya.

Ditanya bagaimana mendapat idea untuk melancarkan tabung berkenaan, Izzue berkata, pengikut memberi maklum balas dan cadangan untuk menjadikan interaksi itu lebih bermakna.

“Setiap malam, dari jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi, saya buat ‘live’. Tapi saya tidak berseorangan, sebaliknya ditemani artis seperti Fizz, Achey dan Ashraf.

“Pada awalnya, saya tidak merancang untuk ‘live’ setiap malam, tapi selepas melihat maklum balas positif, saya teruskan,” katanya.

Izzue berkata, setakat ini, belum ada pengikut yang memberi reaksi negatif atas usaha diambil.

“Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya yang gembira dapat berkongsi semangat positif bersama pengikut di atas talian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button