Kongres AS masih tiada speaker

Kongres AS masih tiada speaker

Kongres AS masih tiada speaker
BANGUNAN Capitol, Washington. FOTO AFP

Washington: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat gagal memilih speaker baharu dalam pusingan pertama pengundian apabila Jim Jordan daripada Republikan gagal memperoleh sokongan yang mencukupi daripada partinya sendiri.

Calon Republikan itu memperoleh 200 daripada 220 undi, manakala calon Demokrat Hakeem Jeffries, menerima 212 undi.

Namun, kedua-duanya gagal mengumpul undi yang diperlukan iaitu 217 undi untuk menjadi Speaker Dewan, lapor Xinhua.



Jordan kehilangan sokongan 20 anggota Republikan apabila enam daripadanya mengundi bekas speaker McCarthy dan tujuh lagi mengundi Steve Scalise yang pernah dicalonkan untuk merebut jawatan itu.

Jordan, pengasas bersama House Freedom Caucus dianggap sebagai tokoh paling kanan dalam parti Republikan dan mendapat sokongan bekas Presiden Donald Trump.

Dewan tidak boleh meneruskan proses perundangan sehingga speaker dipilih dan anggota Parlimen perlu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sebelum pembiayaan kerajaan habis pada pertengahan November.

Kevin McCarthy disingkir daripada jawatan itu dua minggu lepas, speaker pertama yang disingkirkan menerusi usul dikemukakan perwakilan.



Kongres AS masih tiada speaker

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button