Mangsa banjir Terengganu mula berkurangan

Keadaan banjir di sekitar Bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

 

CHUKAI: Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 11,804 orang pagi ini berbanding 13,264 orang petang semalam.

Sehingga jam 8 pagi tadi, kesemua mangsa daripada 3,009 keluarga masih ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Petang semalam, kesemua mangsa yang terdiri daripada 3,364 keluarga dipindahkan ke 53 PPS di daerah sama.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris (dua dari kanan) menaiki bot gentian kaca meredah arus deras untuk membantu mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang, Pasir Raja, Dungun. - NSTP/Baharom Bakar

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris (dua dari kanan) menaiki bot gentian kaca meredah arus deras untuk membantu mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang, Pasir Raja, Dungun. – NSTP/Baharom Bakar

 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman kekal menjadi daerah yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa seramai 9,424 orang.

Katanya, jumlah itu membabitkan 2,340 keluarga di 27 PPS berbanding 11,216 mangsa daripada 2,793 keluarga di 28 PPS.

“Di Dungun, seramai 2,292 mangsa membabitkan 24 keluarga ditempatkan di 24 PPS.

“Dua PPS masih dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 88 mangsa daripada 21 keluarga,” katanya.

Keadaan banjir di sekitar Bandar Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di sekitar Bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

 

Che Adam, ketika ini cuaca mendung dan ada kalanya hujan di beberapa tempat manakala paras sungai menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.

Katanya, hanya dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Jambatan Dungun yang merekodkan bacaan 13.07 meter dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, yang merekodkan bacaan 5.79 meter.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker