Kes Zayn Rayyan: Polis jumpa sehelai sarung kaki di lokasi mayat ditemui

Kes Zayn Rayyan: Polis jumpa sehelai sarung kaki di lokasi mayat ditemui

Kes Zayn Rayyan: Polis jumpa sehelai sarung kaki di lokasi mayat ditemui
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. – Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

PETALING JAYA: Polis menemui sehelai sarung kaki dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui pada 6 Disember lalu.

Sarung kaki berkenaan berjaya ditemui selepas polis mengepam keluar air daripada kawasan takungan berkenaan, siang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata masih terlalu awal untuk mengatakan sarung kaki yang ditemui itu ada kaitan dengan kes bunuh kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan.



Katanya, sarung kaki berkenaan akan diperiksa dan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.

“Kita (polis) jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada ia kepunyaan mangsa atau bukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




Pasukan polis bersama anggota forensik pagi tadi menyedut keluar air daripada takungan itu yang letaknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga Zayn Rayyan iaitu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini.

Proses menyedut keluar air dilakukan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba di pekarangan Blok R sekitar jam 9.30 pagi, diikuti pasukan bomba dan JPS pada jam 10 pagi.

Proses itu sudah pun dimulakan sejak tengah hari semalam namun terpaksa ditangguhkan susulan hujan lebat di lokasi yang berlarutan lebih dua jam, sebelum disambung semula hari ini.



Usaha menyedut keluar air daripada takungan itu dijalankan bagi mengesan sebarang bukti baharu yang boleh membantu siasatan polis dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana proses itu dijalankan terhalang selepas tidak dibenarkan berada hampir dengan lokasi termasuk di Blok R apartmen terbabit.

Kes Zayn Rayyan: Polis jumpa sehelai sarung kaki di lokasi mayat ditemui


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button