Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV

Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV

Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV
Ahmad (kanan) bersama Amirul (dua dari kanan) dan juga Anson Tan (dua dari kiri) pada majlis EV Tech Talk & Training di Bangi baru-baru ini

BANGI – Ezcare Warranty Sdn. Bhd. (Ezcare) dan KWT Techno­logy telah mengambil langkah awal meningkatkan ke­sedaran dalam kalangan pengusaha bengkel kenderaan di negara ini tentang keperluan persediaan menghadapi ledakan trend pasaran ke arah penggunaan kende­raan elektrik (EV) pada masa depan.

Kerjasama antara dua pihak tersebut telah berjaya membangunkan pusat sehenti untuk menyelenggara dan membaiki EV melalui syarikat ECW Garage yang terdapat di Sungai Chua dan sebuah di Kuching, Sarawak manakala satu lagi di bawah ­pengoperasian syarikat KWT Technology di Bangi.

KWT Technology adalah antara pemain yang berpengalaman dalam EV dan kenderaan hibrid sejak empat tahun lalu, manakala Ezcare pula adalah sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan jaminan selepas jualan untuk kereta import terpakai dan kereta terpakai, dilengkap dengan konsep bengkel terbuka serta perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.

Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV



Pengasas Bersama Ezcare, Amirul Akmar berkata, kerjasama dalam bidang ini akan me­ningkatkan lagi keyakinan pe­langgan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat khususnya dalam aspek membaiki, menyelenggara dan pe­n­yediaan bengkel menawarkan khidmat bersepadu EV.

“Kami mengambil langkah awal daripada pihak berwajib dan yang lain-lain untuk me­ningkatkan kesedaran tentang EV yang segala-galanya adalah berbeza daripada segmen ken­deraan sedia ada di pasaran,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program EV Tech Talk & Training 2023: Meningkatkan Kemahiran Bengkel Selepas Jualan EV yang berkualiti di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Ezcare Ahmad Ibrahim dan Pengarah KWT, Anson Tan serta Ricky Khoo.

Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV

 



Mengulas mengenai program tersebut, Ahmad berkata, berdepan dengan teknologi canggih EV, semua peralatan di bengkel perlu di naik taraf khususnya perisian dan sistem teknologi terkini.

“Bukan sahaja bengkel, mekanik perlu memiliki kemahiran yang tinggi kerana semua EV terbabit dengan kandungan vol­tage yang tinggi.

“Jika tiada pengalaman, ia boleh menyebabkan kematian, sehubungan itu, dalam program ini kami mengajar pengusaha bengkel tentang tahap keselamatan yang perlu dipertingkatkan dan juga informasi mengenai enjin dan peralatan lain dengan selamat.

“Kita tidak mahu masyarakat membuat satu persepsi negatif terhadap EV sekiranya
berlaku kemalangan jiwa ketika meka­nik yang tiada kemahiran cuba untuk menyelenggara atau membaiki kenderaan tersebut,” jelas beliau. -KOSMO!ONLINE



 

Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button