OP COVID 19 – LANGGAR ARAHAN PKP, JURUJUAL DITAHAN BERSAMA ROKOK SELUDUP

 



OP Covid19.

TANGKAPAN RAMPASAN ROKOK TIDAK BERCUKAI DAN ENGKAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI DAERAH RAUB

Pada 16/04/2020 jam 1630 hrs, (1)(L) Cina yang menaiki (1) motokar jenis Perodua MyVi warna hitam no. pendaftaran WVL 5057 di sekatan jalanraya RTP Lembah Klau, Raub, Pahang. Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu oleh penama mendapati sejumlah bungkusan rokok yang tidak bercukai. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak (109) karton rokok tidak bercukai pelbagai jenis. Penama juga gagal memberikan alasan yang munasabah ketika disoal siasat berkenaan tujuannya keluar rumah.

Penama ditangkap kerana telah engkar perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Sek. 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana engkar perintah PKP dan juga Sek. 135(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup.

Butiran Tangkapan:-

B1) Nama : Lau Kok Siong (L)(C)
Umur : 30 tahun
Alamat : No 13 Taman Rimba Emas Jalan 1/2 Emas 28400 Mentakab Pahang
Pekerjaan: Jurujual



Butiran rampasan :-
i. Rokok Jenis John D-Blend (49) bungkus
ii. Rokok Jenis John (20) bungkus
iii. Rokok Jenis Canyon (25) bungkus
iv. Rokok Jenis John White (10) bungkus
v. Rokok Jenis Gudang Garam Nusantara (5) bungkus
Kuantiti : 5 Bungkusan



Siasatan dibuka dibawah :-
i) Sek. 135(d) Akta Kastam
ii) Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (No.2) 2020

Penama ditahan reman selama (4) hari sehingga 20/04/2020 dan pegawai penyiasat kes adalah Insp. Mohd Azan bin Yusoff, Peg. Penyiasat Jenayah IPD Raub.

Terima kasih.

Ketua Polis Daerah Raub

#StayAtHome

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker