Hafizh Masih Yakin Dengan Kemampuan Diri

Kuala Lumpur – Pusingan 7 WorldSBK akan berlangsung di Magny-Cours International Circuit, France. Litar ini mempunyai Panjang 4.411km arah jam. Jumlah selekoh hampir seimbang dengan 9 selekoh kanan dan 8 selekoh kiri.

Hafizh Syahrin berberkongsi pandangan mengenai separuh musim dalam kejohanan WorldSBK

“Separuh musim yang cukup mencabar buat saya. Saya berharap perkara baik berlaku tetapi ia akan terjadi kepada mana-mana pelumba namun saya tetap kekalkan tahap motivasi saya dan cuba memahami pelbagai aspek termasuk tayar, elektronik dan situasi di paddock kerana semuanya adalah baru bagi saya, persekitaran sedikit berbeza.
Saya tetap akan berusaha, lakukan latihan lebih banyak dan lihat apa akan terjadi untuk baki separuh musim.”
“Saya berharap baki separuh musim kami dapat beri keputusan yang lebih baik dan memiliki pakej yang lebih baik untuk bersaing dengan pelumba hadapan yang pernah saya berlumba bersama dalam World Championship dan pernah memintas antara satu sama lain.
“Namun pada ketika ini kami sedikit dibelakang dan perlu bekerja keras dengan pasukan bagaimana untuk tingkatkan kemampuan jentera. Saya tetap berharap satu keajaiban berlaku atau peningkatan besar berbanding fasa pertama musim 2022 yang cukup mencabar.”
Hafizh juga menyatakan dia berminat untuk meneruskan karier dalam WorldSBK 2023 namun apa yang lebih penting untuk memahami jentera kerana beliau belum pernah berlumba menggunakan jentera Honda dan banyak yang perlu diperbaiki terutama pakej jentera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker