Video: Adakah cinta Iqbal dan Vida kembali bertaut?

Adakah bibit-bibit cinta di antara usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli kembali bertaut?

Ini gara-gara tersebarnya video memperlihatkan Iqbal mendekati bekas kekasihnya itu ketika malam final Big Stage 2022 yang diadakan pada Ahad lalu.

Menerusi gerak-geri mereka dalam video yang dimuat naik seorang penonton @dirafdias, dapat dilihat Iqbal cuba menunjukkan cincin di jarinya kepada Vida yang kelihatan seperti enggan melayani permintaan jejaka tersebut.

 

Kisah cinta tidak kesampaian Vida dan Iqbal menjadi buah mulut peminat hiburan tempatan selepas kedua-duanya saling balas-membalas ‘kecaman’ di mata umum.

Terbaharu, Iqbal mendakwa muzik video (MV) lagu terbaharu Vida merujuk kepada kisah cinta mereka yang terputus di tengah jalan. – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker