BAGAI ‘DICUCUK HIDUNG’, PENGARAH BESAR FELDA DAN FGV AKUR ARAHAN INDIVIDU TERTENTU UNTUK SALUR BANTUAN COVID19 KEPADA PENEROKA?
Bantuan PKP Untuk Edaran Ke Felda, FGV Kena ‘Nasi Kangkang’ Ikut Arahan Siapa?
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa Ke-3 bermula 14 April hingga 28 April 2020. Kontroversi bantuan kepada peneroka Felda yang melanda sepanjang PKP 1 dan PKP 2 nampaknya reda dengan kenyataan Pengarah Besar Felda apabila beliau mengumumkan seramai 70,000 peneroka Felda akan menerima bantuan daripada Felda sendiri. Sebelum ini sebuah NGO, GENERASI telah mengesahkan seramai 112,638 peneroka akan menerima bantuan dari mereka.
Bagaimanapun satu inisiatif yang dilakukan dengan kerjasama JKPP, MBFM,GPW, KAF dan beberapa pihak lain telah memulakan PMKR iaitu Program Mengumpul Makanan Rancangan dengan sumbangan hampir RM6.3 juta. Pengarah Besar Felda pula tidak mengumukan jumlah peruntukan yang dikeluarkan sendirj daripada Felda dan sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar yang diluluskan oleh DG untuk bersama membantu peneroka yang terlibat secara tidak langsung dan langsung akibat PKP.
Namun apa yang mengejutkan ialah satu rakaman audio oleh seorang individu telah tersebar. Dalam perbualan itu dipercayai satu bentuk arahan dikeluarkan kepada FGV untuk menyediakan sebanyak 6000 pek bantuan untuk diagihkan mengikut catatan yang diberikan lebih awal. Persoalannya bagaimana DG (Pengarah Besar) boleh akur pada arahan tersebut dan meminta FGV untuk mengikut arahan individu terbabit? Mengapa sebelum ini DG tidak mengambil inisiatif sendiri untuk membantu peneroka sejak PKP1 dan PKP 2? Dalam satu dapatan kumpulan whatapp, seorang individu menulis arahan tersebut merupakan arahan seorang individu bangkrap. Dipercayai individu itu juga mempunyai pengaruh terhadap DG apabila permohonan beliau dituruti dengan segera dan arahan dikeluarkan kepada CEO FGV.
Kontroversi berbaur politik umpama ‘Enau Dalam Belukar’ yang berlaku dalam pemberian bantuan kepada peneroka yang terjejas amatlah dikesali. Rata-rata peneroka dan generasi muda Felda meluahkan tiada bantuan sampai di tempat mereka seperti digembar-gemburkan. Pada dasarnya mereka faham bantuan mengijut fasa namun hingga PKP 3 berlamgsung bantuan khusus dari Felda tidak kunjung tiba. Mengapa berlaku demikian dalam pengurusan bantuan di Felda? Difahamkan Menteri Ekonomi ada memanggil semua NGO Felda untuk membincangkan masalah bantuan namun dikatakan dibuat menggunakam ‘Video Confrence’ pada saat akhir bagi memastikan keselamatan dan perintah PKP dipatuhi.
Apa juga keputusan mesyuarat tersebut perlulah mementingkan kebajikan peneroka Felda dan kurangkan politiking dalam Felda. Pengarah Besar Felda juga perlu memikul tanggungjawab atas KEGAGALAN beliau membantu Felda dan peneroka apabila negara dilanda pandemik Covid19. Jika kelulusan bantuan telah diberikan kepada sebuah NGO, maka seeloknya NGO terbabit salurkan sendiri kepada peneroka Felda bagi mengelakkan salahfaham peneroka terhadap pengurusan Felda setempat. Jangan jadikan pihak pengurusan Felda setempat jadi tempat peneroka melepaskan kemarahan sebagaimana berlaku baru-baru ini apabila Ketua Peneroka, Pengurus Felda jadi mangsa amarah kerana bantuan dijanjikan DG Felda tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.