Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Tidak pasti sama ada mantan Gabenor Bank Negara boleh lelap tidur atau pun tidak selepas seminggu memberikan keterangan di mahkamah.

Sepanjang minggu lepas, Zeti dilihat banyak menggunakan cara Dr Mahathir dalam menjawab soal balas dari peguambela DS Najib, Shafie Abdullah.

Namun begitu, semakin cuba menafikan, Zeti dilihat semakin tersepit dengan jawapan yang beliau sendiri berikan.

Penerangan dari video di atas, ada beberapa perkara menarik untuk kita perhatikan.



Akaun DS Najib Belum Di Buka Sewaktu USD1 Bilion Di Hantar Keluar

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Arahan yang diberikan oleh Lembaga Pengarah 1MDB adalah untuk menghantar duit sebanyak USD1 bilion kepada akaun 1MDB-PSI (PetroSaudi International).

Ianya adalah seperti permohonan penghantaran yang dikemukakan oleh 1MDB dan yang diluluskan oleh BNM.

Lembaga Pengarah juga mengarahkan, sekiranya ada apa-apa perubahan, maka mereka mesti dimaklumkan sebelum penghantaran dilakukan.



Namun telah berlaku perubahan penghantaran kepada 2 akaun berlainan.

USD300 juta kepada 1MDB-PSI dan USD700 juta kepada Good Star Ltd (milik Jho Low).

Deutsche Bank telah memaklumkan kepada BNM mengenai perubahan tersebut.

Tetapi BNM telah mengarahkan Deutsche Bank meneruskan penghantaran.



Sangat menarik apabila Zeti menyatakan dalam mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Lebih menarik lagi apabila didapati, akaun DS Najib belum lagi dibuka ketika penghantaran dilakukan dan hanya dibuka setahun selepas itu.

Jadi persoalannya, apa rasionalnya mengaitkan DS Najib dalam kes 1MDB kerana beliau tidak terlibat dalam memberikan arahan perubahan penghantaran wang tersebut.

Dan wang USD700 juta tidak masuk ke akaun DS Najib, tetapi ke dalam akaun syarikat milik Jho Low, malah akaun DS Najib hanya dibuka setahun selepas itu.



Zeti Nafi Kenal Jho Low Walau Pun Pernah Menerima Hadiah Dari Jho Low

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Dalam kenyataan Zeti di mahkamah, beliau menafikan bahawa beliau mengenali Jho Low.

Tetapi didedahkan bahawa Zeti pernah memberitahu DS Najib bahawa Jho Low pernah memberikan beliau hadiah yang mahal, tetapi beliau pulangkan semula kepada Jho Low.

Dan sangat menghairankan juga, apabila suami beliau, Taufiq Ayman, menerima sekurang-kurangnya USD16 juta dari Jho Low, tetapi Zeti menafikan beliau dan keluarga beliau kenal Jho Low.



Bertuah sungguh suami Zeti kerana secara tiba-tiba menerima USD16 juta dari orang yang tidak dikenali.

Keputusan Supaya Hakim Collin Lawrence Sequerah Tarik Diri Di Tolak Oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Sebagaimana yang didedahkan sendiri oleh hakim perbicaraan 1MDB, Collin Lawrence Sequerah, beliau dan Jasmine Loo Ai Swan pernah mempunyai hubungan profesional,

Jasmine Loo adalah arkitek sebenar kepada skandal 1MDB.



Dan sangatlah wajar bagi beliau menarik diri dari terus menjadi hakim untuk perbicaraan kes 1MDB.

Bukankah sering dikatakan keadilan bukan hanya mesti ditegakkan tetapi juga mesti dilihat ditegakkan.

Kita menunggu apabila Jasmine Loo dan beberapa orang pegawai BNM dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Kita lihat nanti, bagaimana pula Zeti mahu terus menafikan kebenaran.

 

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button