Apple Bakal Tawarkan Kemaskini Perisian Untuk Atasi Masalah Pemanasan Pada iPhone 15

Sejumlah pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedia menyatakan mengalami masalah pemanasan, di mana peranti mereka menjadi lebih panas daripada biasa apabila digunakan.

Kini, Apple telah mengeluarkan kenyataan kepada Forbes, mereka mengesahkan perkara berkenaan dan menyatakan bakal menyediakan kemaskini perisian iOS untuk mengatasinya dalam masa terdekat.

Malah, Apple turut menekankan peranti baharu akan mengalami isu pemanasan pada peringkat awal disebabkan operasinya yang lebih tinggi dalam mengindeks kembali pelbagai kandungan pada peranti baharu.

Walau bagaimanpun, pada iOS 17 baharu Apple telah mengenal-pasti bugs yang membawa kepada pemanasan yang lebih tinggi.

Apple Bakal Tawarkan Kemaskini Perisian Untuk Atasi Masalah Pemanasan Pada iPhone 15

Dalam pada itu, Apple dijangka menawarkan kemaskini untuk mengatasi pepijat ini dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beberapa aplikasi pihak ketiga juga dilihat membuatkan sistem bekerja lebih tinggi, dan membawa kepada masalah pemanasan ini.

Tambahan, Apple menyatakan sedang bekerjasama dengan pembangun aplikasi ini dalam mengatasi masalah dan memperkenalkan kemaskini aplikasi.

Apple menekankan masalah ini bukan disebabkan oleh rekaan titanium pada iPhone yang baharu, serta menyatakan tiada impak jangka masa panjang untuk iPhone disebabkan hal ini.

Buat masa ini, tiada masa diberikan untuk pengenalan kemaskini iOS yang akan mengatasi masalah pemanasan ini.

Kredit: amanz

Apple Bakal Tawarkan Kemaskini Perisian Untuk Atasi Masalah Pemanasan Pada iPhone 15

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker