Mahathir masih “kawal” segala dalam Malaysia?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Mahathir masih "kawal" segalanya dalam Malaysia?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mungkin merasakan beliau masih “kawal” segalanya dalam Malaysia kerana statusnya sebagai PM paling lama berkhidmat.

Rekod 22 tahun beliau sebenarnya telahpun padam sebaik sahaja Mahathir berjabat tangan dengan DAP dalam Pakatan Harapan sekitar 2016-2017.

‘Musuh’ beliau ketika itu ialah Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. Sebelum Najib, Tun Abdullah juga pernah di’musuhi’ Mahathir hanya kerana enggan menyambung projek jambatan bengkok di Johor.

Itulah sikap sebenar Mahathir terhadap pemimpin yang beliau rasakan tidak mengikut apa sahaja kehendaknya. Mereka akan dijadikan musuh dan gerakan untuk menumbangkan pemimpin tersebut akan dibuat.

Bukan sahaja pemimpin, malah media juga menjadi alat kepada Mahathir untuk menyerang mana-mana pemimpin yang beliau tidak senangi.

Mungkin terbawa dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri sejak 1981 menyebabkan Mahathir merasakan semua orang perlu ‘tunduk’ kepadanya dan sesiapapun tidak boleh engkar akan kemahuannya.

Rakyat akan terima Mahathir kembali jadi PM? Mahathir masih "kawal" segalanya dalam Malaysia?

Semua maklum akan obsesi Mahathir yang mahu terus menjadi ‘orang paling berkuasa’ dalam Malaysia.

Jika tidak ada obsesi demikian, sudah tentu selepas meletakkan jawatan pada 2003, Mahathir tidak mencampuri lagi pentadbiran PM selepasnya.

Tetapi ini tidak berlaku kepada Mahathir. Beliau masih terus mahu mencatur perjalanan politik serta pentadbiran PM selepasnya.

Bukan sahaja pentadbiran, malah pernah didedahkan bagaimana Mahathir campurtangan dalam Institusi Kehakiman Negara.

Mahathir juga turut terkenal kerana suka mencampuri urusan PROTON sebelum ini yang telah menyebabkan terlalu banyak kerugian ditanggung syarikat berkenaan.

Sudah tiba masanya, Mahathir ditunjukkan jalan keluar dari mencampuri dunia politik Malaysia. Kini beliau sedang cuba untuk bangkit kembali dengan menggerakkan GTA (Gerakan tanah Air). Cukuplah peluang yang telah beliau dapat bersama PH dahulu. 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker