‘KADUK NAIK JUNJUNG’ – PENDATANG MULA MINTA ‘HAK’ SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Datang Sebagai Pelarian Kini Sudah Mahu ‘Takluk’ Malaysia

 

Kehadiran Etnik Rohingya sebagai pelarian ke Malaysia ekoran krisis politik etnik di Myanmar diterima dan menerima layanan baik daripada kerajaan Malaysia selama ini atas dasar kemanusiaan. Walaupun mengikut undang-undang sediada, pelarian tidak dibenarkan diambil sebagai pekerja terdapat juga kelompongan dan mereka digajikan dengan bayaran rendah berikutan status pelarian.



Bagaimanapun umpama ‘Susu Dibalas Tuba’ kini Etnik Rohingya sudah mula menampakkan sikap sebenar mereka disebalik status pelarian. Seorang individu bernama Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mendakwa dirinya mewakili sebuah NGO – MERHROM ( Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia telah mengutus surat kepada YB Kulasegaran ( Pakatan Harapan).

Dalam surat tersebut Zafar meminta perkara seperti berikut untuk menimbangkan cadangan

  • Memberi kebenaran bekerja kepada pelarian Rohingya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka
  • Mewajibkan majikan menginsurankan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka
  • Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko
  • Tidak menangkap pelarian Rohingya yang bekerja atas dasar kemanusiaan

Begitu mudah bagi MERHOM meminta banyak perkara yang nampaknya seperti mahu Hak yang dinikmati rakyat Malaysia. Ada juga desas-desus kehadiran pelarian Rohingya ini ada kaitan dengan sindiket dari negara Bangladesh yang enggan lagi mengambil mereka untuk tinggal di negara tersebut sebagai pelarian namun sejauh mana kebenarannya tidak diketahui.



Rujuk – STATUS PELARIAN

Jika dilihat semula ketika Pakatan Harapan memerintah, gesaan meratifikasikan pelarian ada dibincangkan namun sehingga hari ini tidak diketahui status perkara tersebut. Cadangan ratifikasi yang digesa akan mewujudkan undang-undang dan mekanisma bagi membantu pelarian dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan. Perlu diingatkan Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau protokol 1967.



GESAAN RATIFIKASI PELARIAN ROHINGYA

Kerajaan sekarang adalah digesa mengambil langkah sepatutnya seperti termaktub dalam Akta Imigresen dan tidak lagi melayani kemahuan serta kehendak Etnik Rohingya yang sudah berada dalam Malaysia hampir 30 tahun. Mengapa perlu lagi tunduk kepada kemahuan pelarian? Masih ingat kejadian pembakaran kem pelarian Vietnam di Kuala Lumpur sekitar 90an? Adakah kerajaan mahu kejadian demonstrasi oleh pelarian terjadi lagi hanya kerana kehendak mereka tidak dipenuhi?



Dalam keadaan negara sedang berdepan pandemik Covid19, sebarang kemungkinan melibatkan faktor jangkitan terutama pelarian dan pendatang asing perlu diambilkira dan tindakan sewajarnya perlu dilakukan kerajaan bagi melindungi rakyat Malaysia. Apa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu ini? Rakyat memerhati apa juga tindakan kerajaan sekarang dan akan menterjemahkannya ketika Pru kelak. Sekiranya kerajaan melayan permintaan Zafar, tidak mustahil akan timnul pula kluster kluster PATI (Pendatang Tanpa Izin) akan turut menuntut perkara sama atas dasar kemanusiaan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button