Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan

Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan

Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Foto hiasan

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along membabitkan pinjaman sebanyak RM2,676,000, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu adalah pemilik akaun yang digunakan oleh sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen untuk urusan pinjaman tersebut, dia bukan along cuma keldai akaun kepada sindiket tersebut.

“Polis mengesan suspek itu selepas seorang lelaki membuat laporan polis menerima ugutan daripada sindiket along tersebut selepas mangsa gagal membuat bayaran balik pinjamannya dengan sindiket berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa meminjam sebanyak RM2,676,000 sejak 30 Disember 2021 hingga 19 Julai 2022 dan sudah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM1,608,000 ke sembilan akaun bank berlainan secara berperingkat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi


Bagaimanapun, peminjam terbabit gagal membayar balik pinjaman tersebut sejak tahun lalu dan berikutan itu, mangsa menerima pelbagai ugutan daripada sindiket along tersebut sebelum membuat laporan polis.

Kamarul Rizal berkata, susulan penahanan lelaki itu, polis giat mengesan rangkaian sindiket along tersebut untuk siasatan lanjut.

“Lelaki yang ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berumur 34 tahun sebelum merampas 160 bungkusan plastik mengandungi air ketum bernilai RM1,600 di Jalan Sungai Pinang, pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis mengekori sebuah kereta di Jalan Sungai Pinang sebelum menahan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu dan pemeriksaan menemukan 160 bungkusan atau 12,000 liter air ketum.

“Lelaki dan wanita tempatan itu dipercayai menjalankan kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah Barat Daya sejak beberapa minggu lepas dah mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker