PN terus sanjung “Kluster mahkamah”

PN terus sanjung “Kluster mahkamah”


Oleh Adam Malik

Bagai sireh pulang kegagang begitu lah juga kembalinya kisah Kluster mahkamah Parti Bersatu yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin

Jika sebelum ini , Ketika Ahmad Zahid didakwa dengan pelbagai tuduhan rekaan Tun Mahathir dan mungkn ada campurtangan Muhyiddin juga, Ahmad Zahid teruk diserang oleh pihak Perikatan Nasional dan parti PAS supaya berundur dan letak jawatan.

 

Tekanan demi tekanan dibuat oleh sitro sitro PN dan sitro pro Mahathir.



Pada setiap ucapan pemimpin PAS dari Tuan Ibrahim Tuan Man sehingga Musyidul PAS tidak lekang menyevut halangan besar untuk muafakat adalah Kluster Mahkamah UMNO dalam ertikata Ahmad Zahid perlu dinyahkan baru boleh runding.

Masa berlalu , kini dengan izin Allah perkara sama telah Kembali kepada Perikatan  Nasional dan sekaligus kepada PAS.

Muhyiddin Yassin kini menghadapi “multiple case” dimahkamah dari kes AMLA, salah guna kuasa dan juga kes rasuah.

Beberapa kes nyata seperti kes SPANCO dan kes salahguna kuasa dan runding tepi dalam isu penyelesian pemulangan wang Goldman Sach masih dalam proses siasatan peringkat akhir oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.



\

Begitu banyak kes yang sahih dihadapi oleh Muhyiddin pun Perikatan Nasional terus sanjung Muhyiddin sebagai Imam mereka.

 

Sanjungan dan pemujaan dari Parti PAS terhadap Muhyiddin juga diteruskan sebagai pembuktian PAS itu sekadar Parti Politik yang menunggang agama Islam sahaja.

Fatwa PAS berubah ikut kepentingan politik PAS sahaja, fatwa bebeza diberi jika Muhyiddin itu Presiden UMNO.

Pada majlis yang baru berlangsung Konvensyen Wakil Wakil Rakyat PN 2024 tiada pun sesiapa menyoal kepimpinan Imam PN yang banyak kes mahkamah.

Bahkan terus memuja dan sanjung Muhyiddin walaupun terpalit banyak kes dimahkamah membabitkan wang rakyat.

Jelas sekali, apa apa kenyataan pemimpin PAS selama ini sekadar pembohongan dan interpretasi hipokrasi tahap mega.

Muhyiddin juga sedikit pun tidak ada rasa besalah dan bertanggungjawab seperti yang beliau pernah dikata kepada Presiden UMNO.

 

Mungkin rakyat dapat menilai siapa itu PAS dalam pendirian berbeza ikut siapa yang disokong seperti PAS menyokong Tun Mahathir dan Muhyiddin hari ini.

Pendirian agama sekadar ikut selera dan cuaca politik sahaja, dan bukan kerana menilai tinggi agama.

Pada Parti Bersatu pula, mereka telah terkena kifarah.

Jika dulu desak ahli UMNO tolak Presiden yang ada 47 kes rekaan rejim Mahathir, hari ini sanjung Muhyiddin yang ada kes babit berbillion wang rakyat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker