“SUMPAH… TAK NAK JADI ORANG ISLAM, MEREKA BUAT SAYA KELUAR ISLAM” – SAJAT

“Saya baca, tak salah kita buat research agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas JAIS keluarkan statement itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam.

“Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam… dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat,” itulah kata-kata usahawan kosmetik, Sajat dalam satu video tular yang memaparkan seolah dia memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isu dirinya yang hilang dan sehingga kini masih belum ditemui.

Semalam polis Selangor memaklumkan pihaknya sedia membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mengesan Sajat yang dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut laporan Harian Metro, menerusi video itu berdurasi 1 minit 48 saat itu, usahawan tersebut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila video tersebut dimuat naik. Dalam pada itu, Sajat mendakwa apa yang berlaku terhadapnya membuatkan dia berfikir untuk berniat menukar agama.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

Menurut sumber, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah dan kemungkinan masih berada di kawasan Lembah Klang.

Hina Islam, menteri: Polis mula menyiasat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker