KL City jinak Tok Gajah di Kuantan

KL City jinak Tok Gajah di Kuantan
Pemain Sri Pahang FC, Herold Mark Goulan diasak pemain Kuala Lumpur City FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam tadi. KL City menang 1-0. – Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KL City jinak Tok Gajah di Kuantan

KUANTAN: Kuala Lumpur (KL) City FC menamatkan aksi Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, di sini, sebentar tadi.

Namun, pasukan pelawat terpaksa menunggu di penghujung perlawanan untuk memastikan tiga mata dalam genggaman. Pada aksi tu, tuan rumah yang sudah pun gagal ke suku akhir bermula garang dengan melancarkan gerakan berbahaya ke kubu lawan dalam memburu gol awal.

Peluang terbaik hadir menerusi Abdul Malik Mat Ariff apabila bola tendangan penyerang itu berjaya diselamatkan pemain tengah KL City walaupun penjaga gol lawan, Kevin Mendoza sudah tertewas seawal minit ketiga.



Selepas itu bola lebih banyak berlegar di tengah padang dan tiada percubaan tepat dilakukan skuad bimbingan Bojan Hodak berbanding pemain tuan rumah.

Pada minit ke-37, Baqiuddin Shamsuddin hampir menjaringkan gol tetapi bola rembatannya sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol lawan dan keputusan kekal tanpa jaringan pada babak separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Dollah Salleh terus memberi tekanan kepada pemain pertahanan lawan untuk merobek gawang. Namun, kekentalan jentera pertahanan KL City menafikan hasrat Sri Pahang untuk menghasilkan gol.

Sebaliknya, KL City yang jarang melakukan gerakan berbahaya ke gawang tuan rumah berjaya menjaringkan gol menerusi pemain tengah, Zhafri Yahya yang menewaskan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-83 untuk keputusan muktamad 1-0.



KL City jinak Tok Gajah di Kuantan


Disyorkan Untuk Anda :


Semua orang nak ‘bunuh’ kita – Mohamad Hasan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button