Speedy Tigers alami kekalahan pertama

Speedy Tigers alami kekalahan pertama

Speedy Tigers alami kekalahan pertama
INDIA (jersi biru) menangguhkan hasrat skuad negara menempah tiket awal ke separuh akhir ACT selepas mencatat kemenangan 5-0 sebentar tadi. – AHF / HOCKEY INDIA

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki negara untuk menyambar tiket awal ke separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India tertangguh seketika selepas dibelasah 0-5 oleh tuan rumah sebentar tadi.

Kekalahan itu secara tidak langsung meleburkan rekod bersih Speedy Tigers yang terdahulu menewaskan Pakistan 3-1 dan China 5-1 dalam dua perlawanan terdahulu.

Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu berhajat merakam kemenangan ketiga, namun segalanya serba tidak menjadi apabila India lebih banyak mendominasi permainan dari awal perlawanan.

Serangan demi serangan akhirnya membolehkan lawan di ranking keempat dunia itu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Karthi Selvam pada minit ke-15.



Speedy Tigers alami kekalahan pertama
SKUAD negara mengalami kekalahan pertama dalam kempen ACT apabila tewas 0-5 kepada India sebentar tadi. – AHF / HOCKEY INDIA

Perjuangan skuad negara tampak lebih sukar selepas membenarkan India menambah dua lagi gol dalam tempoh 10 minit, kali ini menerusi pukulan sudut penalti Hardik Singh dan Harmanpreet Singh pada minit ke-32 serta 42.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


Skuad negara yang berada di ranking ke-10 dunia, mempunyai beberapa peluang untuk merapatkan jurang termasuk gol pukulan sudut penalti daripada Muhammad Najmi Farizal Jazlan yang dibatalkan pengadil perlawanan.



Biarpun tewas tetapi Speedy Tigers masih berpeluang melangkah ke separuh akhir jika menang ke atas Jepun petang ini walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan menentang Korea Selatan pada Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Speedy Tigers alami kekalahan pertama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button