Warganet Terkesima Lihat Ketiak Nabila Huda

Rupanya Begini Cara Nak Putihkan

Warganet Terkesima Lihat Ketiak Nabila Huda

Warganet Terkesima Lihat Ketiak Nabila Huda
Warganet Terkesima Lihat Ketiak Nabila Huda

Siapa sangka anggota badan Nabila Huda iaitu ketiak menarik minat orang ramai. Perkara itu menjadi bualan ramai apabila Nabila Huda atau mesra disapa Abil; memuat naik videonya melakukan persembahan dalam teater Muzikal Lantai T Pinkie 2023.

Abil yang memegang watak sebagai Nyai Sunarti itu tampil mengenakan pakaian Jawa tradisional yang terdiri daripada kain batik kemban (jarik kemben) lengkap dengan selendang (sampur) yang diikat di pinggang.

Walaupun Abil kelihatan lain daripada kebiasaannya dan lebih anggun menggenakan pakaian tradisional, tetapi ketiaknya juga yang menarik perhatian orang ramai.



@abilsuhaimi

Day 2 Sold out 🥺🙏🏽❤️ #Lantaitpinkie #Nyaisunarti #Fyp

♬ original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

Mana taknya, kalau kamu perhatikan ketiaknya itu nampak sangat putih mulus dan langsung tiada sebarang masalah kehitaman seperti kebanyakan orang.

Foto – @abilsuhaimi (TikTok)

Menjengah di bahagian komen, ramai yang meminta Abil mengongsikan tips untuk mendapatkan ketiak yang putih sepertinya. Bagi Miss Murai, nak dapatkan ketiak yang putih dan mulus ini ada beberapa caranya yang boleh kamu cuba. Antaranya adalah:

  • Jangan biasakan tabiat mencukur kerana ia boleh akibatkan kesan melecet yang akhirnya meninggalkan kesan di bahagian ketiak.
  • Skrub di sekitar kawasan ketiak dengan lembut, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul.
  • DIY masker menggunakan bahan seperti yogurt, secubit kunyit dan sedikit jus lemon. Sapu di sekitar ketiak dan biarkan kering sebelum bilas, lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.
  • DIY toner menggunakan madu, jus lemon dan sedikit gula untuk mencerahkan kulit ketiak serta hilangkan bau badan.
  • Setiap kali mandi, guna batu apung (pumice stone) untuk gosok perlahan-lahan di ketiak bagi melicinkan dan membuang lapisan kulit gelap di ketiak.

Selamat beramal!

Warganet Terkesima Lihat Ketiak Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker