Harga emas menurun, duit bantuan elok dilaburkan

 

Semalam kerajaan telah mengumumkan wang bantuan khas akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bantuan. Kebetulan harga emas menurun sejak semalam dan dijangkakan akan terus mengalami penurunan.

Sekiranya wang GKP itu tidak diperlukan untuk perbelanjaan, apa salahnya jika ia dilaburkan untuk membeli emas sebagai simpanan waktu sesak?

 

 

Golongan wanita terutama isteri penerima wang GKP bolehlah mula memujuk suami agar membuat pelaburan emas sebagai persediaan waktu sukar kelak.

Emas sebagai satu jaminan kewangan yang ‘tidak lekang dek hujan’ sememangnya akan menjadi penampan kepada yang berkemampuan sekiranya keadaan mendesak. 

Itu untuk mereka yang menerima bantuan disediakan kerajaan, namun ramai lagi yang tidak dapat bantuan kerajaan atas pelbagai alasan.

 

 

Masih ingat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)? Bantuan berkenaan telah memberi senyuman kepada ramai rakyat Malaysia kerana tiada syarat ketat dan ianya memang disediakan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Berbeza dengan keadaan sekarang dimana pelbagai syarat perlu diikuti rakyat hanya untuk menerima bantuan yang disediakan kerajaan. Itu belum lagi perubahan syarat yang agak mengelirukan rakyat.

Semoga pemerintah hari ini dapat membantu rakyat tanpa karenah birokrasi dan syarat dilonggarkan kerana terlalu ramai terjejas pendapatan akibat ekonomi yang merudum. Kabinet Keluarga Malaysia perlu menampakkan sikap ‘Keluarga’ yang sebenar dalam memberi bantuan kepada rakyat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker