KKMM PANDANG SERIUS GEJALA ‘FAKE NEWS’ DAN SCAMMER SEPANJANG PKP, TIMBALAN MENTERI BERTEGAS BENDUNG PENULARAN

Tidak Pasti Jangan Kongsi – Timbalan Menteri Nasihat Netizen Berwaspada Dalam Tempoh PKP

Datuk Zahidi Zainul Abidin

 

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi Dan Multi Media Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini menegaskan kementeriannya memandang serius penularan berita palsu dan scammers sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sebanyak 229 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid19 telah dibuka manakala 24 kes didakwa di Mahkamah menurut Zahidi lagi. Beliau juga memandang berat soal penipuan dalam talian berikutan jumlah Bantuan Prihatin Negara yang disalurkan kepada rakyat telah menarik perhatian para scammers.



Zahidi turut menasihati rakyat agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya dalam media sosial. Jika netizen menyebarkan berita palsu maka bersedialah dengan tindakan undang-undang yang diperuntukkan dibawah Akta SKMM. Menggunakan slogan #TidakPastiJanganKongsi, Zahidi mengesyorkan agar netizen melayari laman Kementerian Komunikasi Dan Multi Media bagi mendapatkan berita sebenar.

Jadi kepada semua rakyat, perlu diingatkan jangan berkongsi maklumat palsu serta memyebar berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Bayangkan akibatnya jika tersalah sebar dalam waktu sebegini. Tindakan Undang-Undang sudah pasti menanti tetapi yang lebih buruk jika rakyat percaya dan mula menimbulkan pra sangka buruk terhadap sesuatu isu. Contoh paling hampir ialah apabila seorang bekas Timbalan Menteri beekongsi satu berita palsu dan mengakibatkan kekecohan di pintu masuk selatan tanahair.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker