Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

Akhirnya, rakyat Terengganu sudah boleh menarik nafas lega apabila Hukum Hudud sudah boleh diimplemetasikan dan dilaksanakan dalam Undang-Undang Syariah Negeri.

Ini berdasarkan kemenangan besar PAS Terengganu pada Pilihanraya Negeri 2023 pada 12 Ogos lepas.

PAS menang 27 kerusi DUN Terengganu manakala BERSATU pula 5 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kini milik Perikatan Nasional.

Sejarah pula tercipta apabila Terengganu menjadi satu-satunya negeri tanpa pembangkang bila BN kalah semua kerusi yang ditandingi.

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

Kerajaan Terengganu bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya hukum hudud sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen.

Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002. – Terengganu Sedia Laksana Hudud Sepenuhnya- 15/9/2021

Kini, cabaran terbesar Kerajaan Negeri Terengganu ialah membuktikan kesungguhan mereka dalam pelaksanaan Hukum Hudud.

Usah berteriak di atas pentas mengenai Hudud (sepanjang kempen PRN 2023 tidak kedengaran), kononnya perjuangan PAS adalah Islam dan Bangsa Melayu sekiranya tidak berani membawa agenda pelaksanaan Hudud ke Dewan Undangan Negeri.

Walau dalam Perikatan Nasional ada Parti Gerakan sebagai komponen, PAS perlu menunjukkan kekuatan politik mereka bila mampu menang di 3 negeri, Kedah dan Kelantan selain Terengganu.

Malah, jawatan Menteri Besar untuk 3 negeri juga kini milik PAS sepenuhnya. Jadi tidak ada alasan untuk tidak melaksanakan janji mereka untuk menegakkan Hukum Islam.

Bukan sahaja di Terengganu, malah, Kelantan dan Kedah turut wajib mengikuti jejak langkah Terengganu untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri masing-masing.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker