20 orang maut bot terbalik di Kerala, India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila bot pelancong dua tingkat terbalik di Kerala, selatan India, menurut pihak berkuasa, semalam.

Insiden itu berlaku di Tanur, sebuah bandar pantai di daerah Malappuram di Kerala dan operasi menyelamat kini sedang dijalankan pihak berkuasa.

Akhbar Times of India dan agensi berita PTI meletakkan angka kematian pada 20, manakala harian Indian Express menyenaraikannya sebanyak 18.

Menteri Sukan dan Perikanan Negeri, V Abdurahiman, yang membantu menyelaraskan usaha menyelamat, berkata kebanyakan mangsa terdiri kanak-kanak.

Lebih 30 penumpang dipercayai berada di dalam bot itu ketika kejadian.

Abdurahiman berkata, empat mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut PTI.

Mangsa yang terselamat memberitahu media tempatan bahawa ramai penumpang tidak memakai jaket keselamatan.

“Sedih dengan kehilangan nyawa akibat kemalangan bot di Malappuram, Kerala.

“Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan,” kata Perdana Menteri, Narendra Modi dalam ciapan di Twitter, sambil menambah waris setiap mangsa berhak mendapat pampasan.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana bot itu terbalik dan karam

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker