COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 10 pagi, 27 April – KKMM
KUALA LUMPUR, 27 April — Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan atau kelulusan kepada Majlis Ulama Rohingya. JAKIM menjelaskan kuasa mengiktiraf atau melulus NGO terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan KP Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai 15 perkara penting yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ancaman COVID-19 ini tidak akan berakhir.
— BERNAMA