Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.

 

Kempen cara berlebihan dengan cara menyerang kerajaan dengan apa sahaja isu akhir nya memakan diri.

Begitu lah yang terjadi terhadap Rafizi Ramli Menteri Ekonomi Anwar Ibrahim.

Ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri , Rafizi Ramli ada lah salah seorang yang gemar bermain isu ‘sensasi’ dan popular asal sahaja dapat menyerang kerajaan DSNR.

Pengkritik paling vokal terhadap DSNR ada lah Rafizi.

Antara isu popular yang sangat suka dimainan oleh Rafizi Ramli adalah isu minyak petrol dan harga barang keperluan.

Selain itu , Rafizi dan pembangkang lain Ketika itu DAP suka bermain isu GST.

Sedang negara jiran seperti Indonesia juga miliki banyak parti politik tetapi tiada antara mereka yang berman isu GST dan isu popular , keana mereka sedar siapa jadi kerajaan pun harga barang akan tetap naik, dan GST pula ada lah keperluan negara mengikut rentak dunia mengamalkan sistem cukai GST.

Namun , itu berkenaan negara lain.

Di Malaysia orang seperti Rafizi mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai isu.

Iau paling Rafizi suka main ada lah isu harga barang dan minyak.

Sering kali Rafizi akan muncul dengan formula dan perkiraan mudah cara cara untuk turunkan harga barang dimana Hasrat sebenar adalah untuk menunjuk kan betapa tidak bagus nya kerajaan pimpinan DSNR.

Kini, dunia berpusing dan kebetulan Pakatan Harapan telah pun menjadi kerajaan dengan komponen lain dan Rafizi Ramli pula menjadi Menteri dalam kabinet kerajaan ini.

Semenjak minggu lepas lagi Rafizi teruk diserang oleh pelbagai pihak kerana harga barang tiada yang turun walaupun Rafizi berada didalam kerajaan.

Jika dulu puak puak sewaktu dengan Rafizi menyatakan harga barang naik sebab GST , kini lama sudah GST dihapuskan namun harga barang masih juga tidak turun malah meningkat.

Ada yang bertanya dimana formula formula yang Rafizi sering laungkan?

Sekadar menyeru peniaga jangan naik kan harga barang bukan lah satu formula.

Selain itu menyeru rakyat jangan membeli barang yang sudah mahal juga bukan formula istimewa.

Apa yang rakyat mahu ada lah tindakan.

Berapa ramai penjual sudah dikena kan tindakan?

Atau apa tindakan jika menyorok minyak dan telur?

Itu yang rakyat mahu lihat, bukan teori dan retorik lagi.

Kini semua sudah Kembali kepada Rafizi , hari hari pasti ada rakyat yang troll Rafizi tentang harga barangan dan formula Rafizi.

Hadap lah semua nya selagi belum jumpa formula untuk turunkan harga barang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker