Shah Firdaus raih perak keirin Piala Negara-Negara

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta sensasi apabila memenangi pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir, malam tadi.

Shah Firdaus, 28 yang meraih gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022, menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.

Nakano memenangi emas dengan catatan masa 10.613s manakala gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686s.

Pada 25 Februari lalu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memenangi perak acara keirin pada siri pertama Piala Negara-Negara yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.



Bagaimanapun, Azizulhasni yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ terpaksa menarik diri pada perlumbaan di Kaherah atas nasihat daripada doktor dan beberapa fakor lain yang memerlukan dia berehat seketika.

Perlumbaan Piala Negara-Negara selepas ini akan beralih ke Milton, Kanada yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 23 April ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker