112, 368 WARGA PENEROKA FELDA SUDAH TERIMA BANTUAN DIJANJIKAN PENGARAH BESAR FELDA?

Sudah Fasa Ke-4, Sudahkah Janji Pengarah Felda Mahu Beri Bantuan Kepada 70,000 Peneroka Ditunaikan?

 

112,368 warga peneroka Felda masih menanti bantuan yang dijanjikan oleh Pengarah Besar Felda tempohari. Walau FGV ada memberi bantuan sebanyak 6000 pek namun pemberian tersebut berpilih dan tidak menyeluruh. Pemberian bantuan FGV tersebut bagaimanapun diselubungi KONTROVERSI apabila satu arahan audio tersebar. Bagaimanapun ucapan terimakasih perlu diberikan kepada FGV yang membantu walau seperti ‘terpaksa’ kerana arahan pihak tertentu.



 

Jika diimbas kembali janji PENGARAH BESAR FELDA untuk menyalurkan bantuan kepada peneroka hanya timbul apabila program PMKR hasil inisitif JKPP, MBFM, GPW, KAF dan beberapa NGO berjaya membantu warga peneroka yang akur dengan PKP. Pengarah Besar (DG) telah berjanji akan menyalurkan bantuan buat 70,000 peneroka namun masih ada rungutan tiada bantuan seperti dijanjikan walau sudah memasuki PKP fasa 4.Selepas berjanji dan selesa tiada tekanan mana mana pihak maka DG terus ‘terlupa’ janjinya? Itu baru bantuan belum sentuh bab pembayaran hasil dan sara hidup yang semakin lewat. Mengapa berlaku semua ini walau di bawah Menteri yang baru? Adakah Menteri tidak buat kerja atau ada lapisan lapisan birokrasi wujud dek kerana rasa besar kepala mereka yang berjawatan tinggi dalam Felda? Isu tersebut telah menyebabkan ada Ketua Peneroka dimarahi kerana KEGAGALAN  menyalurkan bantuan yang dijanjikan DG.



Melihat 2019 ketika Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan, warga peneroka masih ingat rayuan mereka agar diberikan sedikit bantuan raya namun ditolak pada awalnya. Menyedari dalam penempatan Felda sahaja ada 54 kawasan berpotensi memberi undi kepada Pakatan Harapan, Tun M tampil sebagai ‘Penyelamat’ apabila bersetuju memberi bantuan sebanyak Rm300 sebagai ‘Bonus Raya’ kepada peneroka. Bagaimana pula tahun ini dibawah Tan Sri Muhyiddin Yassin? Adakah Menteri Ekonomi akan menyokong untuk warga Felda menerima sedikit imbuhan bagi menyambut Aidilfitri walau dalam suasana PKP? Sepucuk surat bertandatangan Ketua Peneroka daripada JKPP telah dimajukan kepada PM untuk memberi pertimbangan sewajarnya dan bukan hanya sekadar berdoa moga ada bonus untuk warga peneroka.

Sebagai antara pengeluar komoditi negara seharusnya warga peneroka diberikan insentif sewajarnya dan bantuan yang difikirkan sesuai segera disalurkan kepada mereka. Janganlah letakkan warga peneroka sebagai rakyat kelas 2 dan hanya dicari bila perlu. Moga ada sinar bagi memberi kelegaan buat warga peneroka Felda keseluruhannya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button