Maut dibaham Raja Rimba

Maut dibaham Raja Rimba

Maut dibaham Raja Rimba
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

Tokyo: Penjaga zoo di taman safari di Jepun maut selepas seekor singa menyerang lelaki berkenaan ketika membawa haiwan pemangsa itu ke sangkar, kata polis pada Jumaat.

Gulf News melaporkan, Kenichi Kato, seorang pekerja berusia 53 tahun di Taman Safari Tohoku di wilayah Fukushima, ditemui berlumuran darah di leher yang cedera teruk akibat dibaham singa.

Kato ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sangkar singa itu pada petang Khamis, kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

“Dipercayai dia sedang mengumpan singa untuk masuk sangkar dengan makanan,” kata jurucakap itu yang enggan namanya disiarkan.

Naib Presiden taman safari itu Norichika Kumakubo, sebelum ini berkata Kato cuba ‘memancing’ singa itu ke sangkar dengan makanan, tetapi tidak mengunci pintu yang sepatutnya memisahkannya daripada Raja Rimba itu.

“Proses sepatutnya ialah kami membuka pintu, dan meletakkan makanan. Sebaik sahaja makanan diletakkan, pintu akan ditutup dan dikunci.

“Tetapi pintu terbuka pada masa itu,” kata Kumakubo kepada pemberita tempatan petang Khamis.

Beliau berkata, pihak taman safari sangat sedih dengan kejadian menimpa Kato dan mengucapkan takziah kepada pihak keluarganya.

Kato ialah seorang kakitangan veteran yang bekerja dengan karnivor seperti singa, harimau dan beruang, kata media tempatan.

“Kami memandang serius perkara ini. Kami akan mengambil langkah tertentu untuk mengelakkan kemalangan yang serupa terjadi lagi.

“Kemudahan itu akan kekal ditutup sehingga ia dapat melaksanakan langkah pencegahan yang berkesan,” kata Kumakubo.

Maut dibaham Raja Rimba

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker