MCA Sandakan serah sumbangan daripada CRSM kepada HDOK Sandakan

MCA Sandakan telah diarahkan oleh Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) untuk menyampaikan sumbangan kepada Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan di sini.

CRSM menyumbangkan kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) serta penutup mulut dan hidung bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Sandakan Raymond Wong Tack Yin bagi mewakili Pengerusinya Datuk Seri Panglima Edward Khoo.

Sumbangan berkenaan kemudian diterima oleh Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul.

Dalam pada itu, Raymond sebelum ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Hemodialisis di hospital berkenaan.

Selepas sesi taklimat ringkas berlangsung, pihaknya dimaklumkan mengenai penggunaan penutup mulut dan hidung yang tinggi dalam kalangan kakitangan perubatan ketika mengendalikan pesakit.

Edward kemudian mengarahkan tindakan segera untuk menyalurkan bekalan penutup mulut dan hidung bagi mengatasi masalah kekurangan di pusat itu.

Ahli MCA turut mengagihkan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman kepada mereka yang menjalani rawatan hemodialisis, yang juga merupakan golongan berisiko tinggi.

-Utusan Borneo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker