Belon pengintip China akhirnya ditembak jatuh

Belon pengintip China akhirnya ditembak jatuh

Belon pengintip China akhirnya ditembak jatuh
BELON pengintip China yang ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika Syarikat di peraitan South Carolina, semalam. -AGENSI

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip China ketika berada di luar pantai Carolina Selatan, seminggu selepas ia memasuki ruang udara negara itu.

Lapor Al Jazeera, belon berkenaan mencetuskan episod pengintipan dramatik yang secara tidak langsung memburukkan hubungan di antara Beijing dengan Washington.

Presiden AS, Joe Biden berkata, beliau mengeluarkan arahan pada Rabu lalu supaya belon itu ditembak, tetapi Pentagon mengesyorkan supaya menunggu sehingga ia boleh dilakukan di kawasan terbuka bagi melindungi orang awam daripada serpihan yang terhempas ke bumi.

“Kami berjaya menurunkannya dan saya ingin memuji para tentera udara kami yang melakukannya,” kata Biden kepada pemberita.

Kata seorang pegawai kanan tentera AS, beberapa pesawat pejuang terlibat dalam misi itu termasuk sebuah jet pejuang F-22 dari Pangkalan Tentera Udara Langley di Virginia yang menggunakan satu peluru berpandu supersonik, AIM-9X .

Sewaktu belon pengintip itu ditembak, rakaman televisyen turut menunjukkan berlaku satu letupan kecil diikuti dengan serpihan belon yang menjunam ke arah air.

Agensi berita Associated Press berkata, operasi sedang dijalankan di perairan wilayah AS di Lautan Atlantik untuk mendapatkan serpihan daripada belon tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menyifatkan operasi itu sebagai tindakan yang sah sebagai tindak balas kepada pelanggaran kedaulatan negara yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata, belon itu digunakan oleh China dalam percubaan untuk mengawasi tapak strategik di benua Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bagaimanapun memuji operasi itu, dengan ciapan Twitter; “Kanada sangat menyokong tindakan ini, kami akan terus bekerjasama … dalam keselamatan dan pertahanan kami.”

Terdahulu, pegawai AS tidak mendedahkan secara terbuka mengenai kewujudan belon itu di negara itu sehingga Khamis lalu.

Kata Wakil AS, Mike Rogers iaitu seorang Republikan yang mengetuai Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan, beliau menyifatkan pentadbiran Biden mahu menyembunyikan kegagalan keselamatan negara daripada Kongres dan rakyat AS.

Senator Mississippi Roger Wicker, anggota tertinggi Republikan dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pula berkata, membenarkan belon pengintip dari Parti Komunis China untuk mengembara ke seluruh benua AS adalah unjuran kelemahan oleh White House,” kata

Penekanan Biden semalam bahawa dia mengarahkan belon itu ditembak jatuh secepat mungkin adalah satu tindak balas terhadap pengkritik-pengkritik sedemikian.

China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya

Belon pengintip China akhirnya ditembak jatuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker