Beckham mahu satukan trio Barcelona

Beckham mahu satukan trio Barcelona

Beckham mahu satukan trio Barcelona
NEYMAR (kiri), Suarez dan Messi pernah mencetuskan fenomena bersama Barcelona sebelum ini dan mahu kembali disatukan di Inter Miami. – AFP

FLORIDA – Pemilik pasukan Inter Miami, David Beckham memberi gambaran untuk kembali menyatukan trio terbaik, iaitu Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar dalam pasukan itu pada masa akan datang.

Messi dan Suarez sudah pun berada di Miami pada ketika ini dan mereka hanya menantikan kehadiran Neymar bagi membolehkan mereka mencipta semula gandingan berbisa yang pernah dihasilkan di Barcelona sebelum ini.

Terbaharu, Beckham memuat naik satu gambar bersama Neymar di laman Instagram miliknya dan secara berseloroh mengalu-alukan kedatangan penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu ke Miami.



“Selamat datang ke Miami kawanku (hanya untuk makan malam),” tulis Beckham berseloroh meskipun umum mengetahui bahawa beliau memang memiliki hasrat untuk mendapatkan khdimat Neymar.

Difahamkan, Miami mungkin akan bekerja keras bagi mendapatkan khidmat Neymar sebaik sahaja kontraknya bersama pasukan Liga Pro Saudi, Al Hilal tamat pada saingan musim hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




Terdahulu, pemain berusia 32 tahun itu pernah menyatakan keinginannya untuk kembali membentuk gandingan bersama Messi dan Suarez sebelum dia mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional.

“Sudah tentu saya harap kami boleh bermain bersama sekali lagi. Saya memang ada hasrat untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) walaupun hanya semusim kerana Leo (Messi) ada di sana,” ujar Neymar. – AGENSI

Beckham mahu satukan trio Barcelona

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button